Wednesday, May 22, 2013 | By: Huda Engku

Sambar Buku dan Isi Masa!

Tempoh hari saya telah diberi peluang berjalan-jalan di Skypark Subang untuk airport tour bersama Tourism Selangor (baca nota saya mengenainya di SINI). Biasanya sebelum keluar, saya akan sambar sekurang-kurangnya sebuah buku (biasanya buku yang masih dalam senarai 'currently reading'). Semalam sebelum keluar, saya sempat sambar dua buah buku dari rak (actually it's the kepala katil, and it's full with stacks of books!) iaitu antologi cerpen 'Bola' diterbitkan oleh Fixi dan 'Jom Menulis' oleh Marsli N.O diterbitkan oleh Utusan Publications.

Mengapa dua buah buku? Pertama, supaya jika saya berjaya habiskan salah satu buku, saya masih ada lagi satu buku untuk dibaca. Kedua, supaya boleh dipinjamkan kepada kawan-kawan lain jika mereka juga ingin membaca pada waktu terluang.

Membaca itu menyeronokkan. Masa yang diisi dengan melangut dan merenung kosong dinding dan lantai adalah sangat sia-sia. So, grab a book no matter where you go!


1 comment:

pengurus situs said...

Kalau pecinta buku kemanapun akan bawa serta itu buku. Tapi memang harus pula dilatih. Bisa karena biasa, kan?

Benar pula, kita sering habiskan waktu sia-sia, padahal membaca itu menyenangkan dan bermamfaat bagi kita.

Selamat baca...

Ini mungkin menarik: