Tuesday, February 12, 2013 | By: Huda Engku

Tajuk Lama Tukar Tajuk Baru (sila baca mengikut rentak apek jual tilam)

Anda ada buku-buku yang sudah habis dibaca yang anda rasa tidak akan ulang-baca buku tersebut dan ingin menukarnya dengan buku lain?

Datang ke The Bee, Jaya One dengan buku-buku anda yang ingin di'swap' 16 Februari ini jam 2 - 5 petang. 40 orang terawal bakal mendapat baucar kopi The Bee. Kopi dan buku, gandingan mantap!

Saya sempat bertanya kepada Becca, buku genre bagaimana yang diterima untuk ditukar? Katanya, buku berbahasa Melayu diterima dan buku-buku tersebut perlulah menepati genre tersebut: Klasik, gaya hidup (lifestyle), travel, contemporary fiction dan nonfiction. Setiap seorang hanya dibenarkan menukar maksimum 5 buah buku.

Jadi, usah buang masa, kumpul 5 buah buku yang ingin ditukar dan hadir ke The Bee, Jaya One 16 Februari ini jam 2 - 5 petang! Anda dapat buku baru sambil-sambil menderma untuk 'Novels For All'.


Saya berusaha untuk hadir dan menjadi 40 orang yang pertama menukar buku! Jumpa anda di sana, insya-Allah! (Moga-moga ada kenderaan untuk bawa saya ke sana!)

No comments:

Ini mungkin menarik: