Thursday, January 3, 2013 | By: Huda Engku

Baca@LRT kembali lagi!

Sudah agak lama Baca@LRT tidak mengadakan gerakan membaca di dalam LRT. Seingat saya, kali terakhir diadakan aktiviti seumpama adalah pada Mac 2011 bertemakan 'Girang'.

Alhamdulillah, para penggerak Baca@LRT berhasrat mengadakan Baca@LRT bertemakan 'Ramlee Awang Murshid (RAM)' pada Sabtu, 19 Januari ini. Jika anda berminat menyertai Baca@LRT RAM, datang sahaja ke stesen LRT Gombak sekitar jam 10 pagi dengan membawa mana-mana buku karya Ramlee Awang Murshid. Buku yang dibawa akan dibaca ketika aktiviti ini berjalan.


Jika anda ada persoalan yang ingin diajukan berkenaan Baca@LRT RAM, boleh tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah. Saya akan cuba segera mencari jawapannya dari pihak penggerak Baca@LRT atau anda boleh terus ke grup Baca@LRT di Facebook.

No comments:

Ini mungkin menarik: