Thursday, November 1, 2012 | By: Huda Engku

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) juga ada di Festival Sastera Kanak-kanak 2012!


Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) akan turut berada di Festival Sastera Kanak-kanak 2012. Cari mereka di gerai no. 7 dan dapatkan buku-buku menarik di sana.

Antara buku menarik yang saya pernah dapatkan melalui ITBM adalah buku 'Bait, Ucap dan Takjub: Tulis Puisi Kamu Sendiri' diterjemahkan daripada buku 'Words, Wit and Wonder: Writing Your Own Poem' karya Nancy Loewen. Bukunya mudah difahami dan bermanfaat, saya yang dewasa pun dapat belajar beberapa perkara tentang penulisan puisi!


Saya pasti, adik-adik di luar sana yang berminat mendapatkan buku ini atau buku-buku lain terbitan ITBM, boleh mencarinya di gerai no. 7 Festival Sastera Kanak-kanak 2012 pada 1 - 6 November ini di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Jom! Festival ini bermula hari ini tau!

No comments:

Ini mungkin menarik: