Thursday, July 26, 2012 | By: Huda Engku

Projek Pelita: Usaha memandaikan bangsa Malaysia

Alhamdulillah, hujung minggu lalu saya terlibat dengan Projek Pelita sebagai sukarelawan. Projek Pelita mengumpul buku-buku terpakai untuk diagihkan ke perpustakaan desa di kawasan pedalaman Sarawak. Saya dan adik saya Afnan sempat menjaga booth di Bangsar Village 1, 10 pagi sehingga 3 petang. Sepanjang saya bertugas, setiap kali ada orang datang menghantar buku untuk disumbangkan, bersinar-sinar mata saya. Kemudian, ketika mengira buku-buku tersebut, jika ada buku yang keluarga saya pernah miliki, my brother and I would go "hey, we used to have that!" macamlah ada orang kisah. Mungkin memory dengan buku tersebut yang mahal. Memory membeli buku dengan berlambak di car boot sale serata Yorkshire, England.



For more pictures, visit Afnan's photo album or Projek Pelita's Facebook

Anyway, book drive Projek Pelita tamat pada 22 Julai yang lalu, sehingga kini buku yang telah dikutip (dan dikira!) mencecah 53,129 buah buku. Itu tidak termasuk yang belum dikira di HQ Projek Pelita di USJ 4. Pada bulan Ogos insya-Allah team Projek Pelita akan melawat rumah anak yatim dan juga mengagihkan buku-buku yang telah terkumpul. Yang bagusnya, oleh kerana buku yang terkumpul sangat banyak, jadi buku-buku tersebut bukan sahaja diagihkan di Sarawak sahaja, tetapi di Semenanjung juga, alhamdulillah!


No comments:

Ini mungkin menarik: