Sunday, May 6, 2012 | By: Huda Engku

Hasil: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012

Tahun ini saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) cuma dua kali dan sesungguhnya saya sudah berbelanja melebihi peruntukan yang telah ditetapkan. Menyesal? Oh tidak. Cuma sekarang saya masih berfikir bagaimana mahu mengurangkan perbelanjaan lain.

Pertama kali saya ke PBAKL tahun ini, saya berpeluang mendapatkan majalah Solusi isu terbaru, buku 'Oh Mudahnya Buat Baju Kurung' oleh Yasalma dan 'Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu' oleh Ustaz Hasrizal. Saya juga (kebetulan) sempat menyertai diskusi buku 'Tip & Trik Usrah' bersama penulis-penulisnya Tuan Yusry dan Tuan Syed Faiz. Moderatornya pula ialah Tuan Zamri Mohamad.

Hasil: PBAKL 2012 @PWTC bahagian 1
Apabila pulang, saya teringat ada sebuah buku yang saya harus tetapi terlupa beli jadi saya memutuskan untuk ke PBAKL buat kali kedua. Kali ini saya tidak terlalu tergesa-gesa kerana saya bersendirian (cuma saya turut berhasrat ke Pipit Wonderful Market di Annexe Gallery, Pasar Seni selepas itu). Akhirnya, saya pulang bersama lebih dari sebuah buku *heaven!*

Hasil: PBAKL 2012 @PWTC bahagian 2

Hasil: Pipit Wonderful Market @Annexe Gallery, Pasar Seni
Sehingga saya selesai membaca buku-buku yang dibeli, saya tidak boleh membeli buku lain (selain buku yang dibaca untuk Bookaholics Anonymous). Errr... boleh percaya ke?

No comments:

Ini mungkin menarik: