Sunday, May 20, 2012 | By: Huda Engku

Cerpen: Fiona

Saya sangat menggemari 'Pride And Prejudice' dan saya sangat suka CSI tetapi saya tidak pernah menulis mengenai cinta dan kisah suspens sebelum ini. Kali ini saya bereksperimen dan menulis mengenai seorang pencinta yang membunuh wanita yang dicintainya sejak di bangku sekolah. Bagi saya, kisah ini tidaklah suspens pun, tetapi saya ingin mencuba. Untung-untung saya tahu genre bagaimana yang saya selesa tulis kan?

Buat yang ingin membaca cerpen yang baru ditulis, boleh ke SINI. Anda boleh juga baca cerpen-cerpan lain yang saya pernah tulis sebelum ini. Hehe... saya sedar tulisan saya belum cukup mantap kerana saya masih dalam peringkat memperbaiki tulisan saya jadi, mohon bantu saya dengan mengkritik karya saya. Terima kasih!

Dan, lagu 'Fiona' ini sebenarnya inspirasi saya untuk menulis cerpen 'Fiona' dan saya sangat suka versi yang dipersembahkan oleh Sixth Sense. Mereka ada memasukkan elemen samba dalam lagu ini dan rentaknya sedap didengar. Nicely done! Semoga terhibur!





No comments:

Ini mungkin menarik: