Monday, April 16, 2012 | By: Huda Engku

Sedikit Sebanyak: KO KB KU KL oleh Fadli Al-Akiti


Kisah manusia terjumpa cinta. Kadang cinta bukan dicari, namun tetap datang. Khunsa atau berjantina nyata, tetap atau sering lari (dek dikejar musuh merata), patuhi Tuhan atau tidak, cinta itu pasti ada (ya, kerana Tuhan itu tidak kejam).

Luwi, bagi saya seorang hamba Allah yang baik, baik sebagai seorang khunsa, atau seorang perempuan. Ya, Luwi seorang khunsa tetapi tanggungjawabnya sering dilunaskan, bukan dilepaskan. Dan dia tetap di KB.

Berbeza dengan Mod yang sering lari, menyangka lari adalah penyelesaian, sedangkan itu menjelekkan masalah. Pelarian Mod diakhiri dek cinta buat manusia, ah, agaknya berapa lama Mod mampu bertahan? Jika Shana menghindari, masihkah Mod tetap di KL? Atau pulangkah dia ke KB nanti?

Apa pun, tahniah buat Fadli Al-Akiti kerana berjaya menghasilkan novelet cinta ini. Dan saya suka, kerana novelet cinta ini bukan tentang kisah cinta biasa seperti dalam novel-novel cinta lain.

Cuma, bahasanya buat saya sedikit pening.

2 comments:

fadli akiti said...

terima kasih! maaf kerana pening!

Huda Engku said...

^__^

Haha. Sedikit pening tak mengapa, baru minda aktif mencari makna. Asal tidak terlalu memeningkan.

Ini mungkin menarik: