Tuesday, March 20, 2012 | By: Huda Engku

Sedikit Sebanyak: Kopi (Kumpulan Cerpen) disunting oleh Amir Muhammad

KopiKopi oleh Amir Muhammad

Saya sangat suka kopi tetapi bukan semua cerpen dalam buku 'Kopi' ini yang saya suka. Tapi saya suka kulitnya dan reka letaknya. Saiznya kecil, sangat sesuai dibawa bersama untuk dibaca di kedai kopi (walau di kedai kopi di tepi sawah di kampung tapi orang mungkin kata kamu poyo kerana membaca di situ).

1) Kopi 3 Rasa (Shaz Johar): Saya rasa kisah ini lucu. Maksud 'kopi' berbeda di antara si ibu, si bapa dan si anak.

2) Bersaksi Kopi (Dayang Noor): Entahlah. Saya dapat rasakan perasaan sang pencerita. Lepak, menghirup kopi sendirian okay aje tapi jika ada seseorang yang suka bercerita menemani sambil menikmati kopi, semua itu membawa perasaan teruja - mungkin campuran kafein dan kisah-kisah panas menghasilkan perasaan begitu.

3) Kopi Kola (Nadia Khan): Yang paling digemari! Tetapi kisahnya seperti tergantung. Boleh saya culik Neddo untuk menyambung cerita? Tapi masih, cerita ini 'manis' (ya, cuba campur kopi dengan Coca Cola!)

4) Cinta Kopi (Gina Yap Lai Yoong): Biasa sahaja, tapi masih 'manis'.

5) Kau Kopikoku (Dheepan Pranthaman): Yang ini juga manis. Walaupun Kopiko saya rasa sangat manis.

6) Ritual (Luc Abdullah): Luc Abdullah sangka usai membaca cerpen beliau, saya akan kata 'Eww..', sebaliknya, saya tidak berkata apa-apa, sekdar mengharap masyarakat tidak sesakit itu.

7) Hari Indith (Asyraf Bakti): Sangat keji!

No comments:

Ini mungkin menarik: