Wednesday, February 15, 2012 | By: Huda Engku

Sedikit Sebanyak: Firefly (You Can't Go Home Again) oleh Bernie Tan


Saya sangat suka membaca kisah-kisah benar. Membaca kisah-kisah tersebut membuatkan saya lebih faham kehidupan orang lain. Jika beratus tahun pun saya dibenarkan hidup, belum tentu segala suka-duka kehidupan akan saya lalui semuanya untuk memahami pelbagai perkara yang berlaku. Jika saya tidak faham perihal kehidupan orang lain, mampukah saya bersifat empati, dan bertolak ansur dengan orang lain?

Ketika masih mengikuti kelas di UNiSEL, kami diminta membaca dan mengkaji novel pendek karya seorang rakyat Malaysia untuk kelas Malaysian Literature. Novel tersebut bertajuk ‘Firefly (You Can't Go Home Again)’, ditulis oleh Bernie Tan sendiri, diterbitkan oleh Silverfish Books, September 2003.

Kisah Bernia bermula apabila dia menjadi seorang alkoholik dan mula mencuba dadah ketika usianya masih muda. Pelbagai konflik melanda, akhirnya Bernie terpaksa di hantar ke Hospital Sakit Jiwa di Tanjong Rambutan. Waktu itu, dia hanya berumur 20 tahun.

Walaupun pelbagai perkara telah dilalui, Bernie akhirnya berhenti menagih dadah dan mula bekerja di dalam bidang pengiklanan. Pada saat dia berada di kemuncak kerjayanya, dia telah terlibat di dalam kemalangan.

Kini Bernie lumpuh sebelah kaki, 70 peratus matanya buta dan sebelah telinganya pekak. Melalui Bernie, pelbagai perkara yang boleh dipelajari, terutamanya tentang jiwa remaja yang sering memberontak dan inginkan perhatian.

Kisah ini berlaku dalam kelompok masyarakat Malaysia sendiri. Saya tidak kenal Bernie Tan secara peribadi, tetapi kisah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apa yang saya tahu, jika saya telah membuat kesilapan dalam mengharungi hidup ini (seperti Bernie), pasti saya mahu orang sekeliling saya untuk tidak berhenti membantu saya kembali ke landasan yang benar.

“It is God alone that I am indebted to now. Many times I’d wanted to go back to heroin but why should I let one lousy moment upset all the good He has done. He has rehabilitated and recycled 30 years of shit from me. If I am hurting, my maker must be hurting even more. He did not create me to be scum or a crazy. He created us in his image – to love and be loved. I am not mad at anyone for thinking poorly of me but for giving up. I have no desire to stay a mushroom. If neurosis is a crime, then that is all I am guilty of. I thank God for this roof over my head.”
–Bernie Tan-

No comments:

Ini mungkin menarik: