Thursday, February 16, 2012 | By: Huda Engku

Sedikit Sebanyak: Akhirnya Aku Kahwin oleh Herna Diana


Saya bukan seorang peminat novel cinta jiwang karat tetapi ketika di kedai buku tempoh hari, saya terpandang tajuk novel ini dan terus membaca sinopsisnya. Wahhh... seperti mengata saya yang berisi dan belum kahwin-kahwin lagi ni! Memandangkan bukunya berbalut plastik, terpaksalah saya membelinya dahulu untuk mengetahui lebih lanjut. Yezzzaaaa! Akhirnya saya membeli novel cinta jiwang karat itu.

Novel tersebut bertajuk 'Akhirnya Aku Kahwin' karya Herna Diana, terbitan Alaf 21. Di kulit buku tertera simbol 'like' Facebook, tanpa membaca sinopsisnya tentu orang fikir kisah utamanya berkenaan cinta Facebook.

Kisahnya mengenai seorang perempuan yang 'debab' tetapi ceria dipanggil Didi. Dia tidak kisah apa orang kata, hidup mesti diteruskan. Ramai yang mempermainkannya hanya kerana bentuk fizikallnya. Pada suatu hari, dia terlanggar seorang lelaki dan terus dibawanya ke klinik. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah anak bos besar Didi, merangkap bos baru Didi! Wahhahahaa... mesti semua orang ingat lelaki tersebut bakal menjadi suami kepada Didi kan? Itu adalah typical story line novel cinta jiwang karat tapi kali ini ada sedikit twist dalam kisah ini.

Hehe... nak tahu apa twistnya?

Silalah baca sendiri! Yang pasti, akhirnya Didi kahwin juga. Orang yang mengahwini Didi merupakan orang yang suka ejek Didi dan menyakitkan hari Didi.

Kisah dia okay cuma kisah biasa novel cinta agaknya, si heroin berkahwin dengan orang kaya, atau setidak-tidaknya anak seorang Datuk. Yang lainnya, apabila anak Datuk berkahwin dengan orang yang 'debab'.

Kalau perlu bagi bintang. saya bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang.

No comments:

Ini mungkin menarik: