Thursday, February 9, 2012 | By: Huda Engku

Kunjungan ke Kg. Buku Malaysia, Melaka

Pada hujung minggu yang lalu, saya sempat singgah di Kg. Buku Malaysia, Melaka. Sejujurnya saya sedih melihat tempat tersebut seperti sebuah bangunan yang tidak dipedulikan, seolah-olah tempat tersebut dibina sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak ada sebarang papan tanda yang jelas menunjukkan arah ke Kg. Buku dan kami sesat di dalam hutan Taman Botani! Adakah mereka benar-benar mengalu-alukan kedatangan pelawat, terutamanya para pencinta buku?

Kini, dengan perancangan membina Kota Buku pula, saya terfikir, sudahkah kita semua bersedia menjayakan projek Kota Buku, sedangkan kad keahlian Kg. Buku yang saya pohon sejak tahun 2010 masih belum tiba? Lamanya mereka proses keahlian saya!

Di bawah merupakan beberapa perkara yang saya harap pihak pengurusan Kg. Buku Malaysia, Melaka dapat ambil perhatian. Perkara-perkara tersebut disenaraikan berdasarkan pemerhatian saya.

  1. Giatkan hebahan mengenai Kg. Buku Malaysia, Melaka. Nampaknya ramai yang baru mengetahui tentang Kg. Buku ini. Jika tidak dibuat hebahan, sudah tentulah tiada yang datang singgah.
  2. Papan tanda biar besar dan jelas. Jika tidak 'explore' sendiri dan malu bertanya, pasti saya dan kawan-kawan tidak berjaya mencari Kg. Buku Malaysia, Melaka.
  3. Setibanya kami di Kg. Buku tersebut, kami sangka tiada pekerja yang dapat membantu kami mengenali Kg. Buku kerana kaunter dibiar begitu sahaja. Saya yang pada mulanya ingin membeli buku, terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana tidak tahu kepada siapa harus saya membayar harga buku tersebut. Adakah tempat tersebut kekurangan pekerja?
  4. Pekerja perlulah ramah. Sewaktu kami hendak keluar dari bangunan tersebut, terdapat seorang pekera berada di kaunter hadapan. Pandangan beliau terhadap kami seolah-olah kami tidak dialu-alukan di sana.
  5. Walaupun saya tidak kisah tentang buku apa yang terdapat di rak buku kerana saya akan tetap membelek buku tersebut, tetapi ada rakan yang tidak puas hati kerana buku-buku yang ada di sana hanya judul-judul lama atau yang tidak menarik perhatinya. Jika hendak menarik minat lebih ramai pengunjung, mungkin perlu ada variasi judul buku daripada syarikat penerbitan berbeza.
Itu sahaja rasanya. Semoga duit yang dilaburkan untuk membina Kg. Buku tersebut berbaloi. [^____^]

Dan, di bawah ini adalah sumbang saran Kota Buku Kuala Lumpur oleh kami di Baca@. Semoga pelaburan untuk Kota Buku juga berbaloi, insya-Allah.





2 comments:

AdH said...

Wah, ke Kampung Buku di Melaka. Lain kali boleh beritahu boleh jumpa di sana :) Saya selalu juga ke situ membawa adik-adik datang belajar dan berekreasi bersama :)

Anonymous said...

Terima kasih atas feedback yang diberikan.
kami akan cuba untuk meningkatkan lagi kualiti Kampung Buku Malaysia Melaka. -Kampung Buku Malaysia Melaka

Ini mungkin menarik: