Tuesday, February 14, 2012 | By: Huda Engku

Ekspo Buku Islam 2

Alhamdulillah, Ekspo Buku Islam kali pertama yang diadakan di KL Sentral tahun lalu, menurut penganjur, adalah satu kejayaan. Pihak penganjur, Sinergi Ilmu memutuskan untuk mengadakan Ekspo Buku Islam buat kali kedua pada 24 Februari sehingga 4 Mac, kali ini di Putrajaya.


Tahun lalu, saya sempat ke Ekspo Buku Islam pada hari terakhir. Sempat juga saya bertemu Ustazah Fatimah Syarha dan membeli novel beliau. Tahun ini, mungkin saya tidak berkesempatan ke Ekspo Buku Islam kerana jadual hujung minggu saya sudah terisi, sayang sungguh!

Apa-apa pun, semoga ramai rakan-rakan di luar sana dapat manfaat daripada Ekspo Buku Islam kali ini. Insya-Allah.

No comments:

Ini mungkin menarik: