Sunday, February 19, 2012 | By: Huda Engku

Bookaholics Anonymous: Perjumpaan Pertama, Februari 18

Wow!

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba: Perjumpaan kelab buku Bookaholics Anonymous. Terkejar-kejar saya. Memang tempatnya tidaklah jauh sangat dari tempat tinggal saya tetapi saya terkejar-kejar dan sedikit sesat kerana jarang ke Setapak.


Hari ini ada lapan orang yang hadir. Semuanya santai, there were food, drink and books and when there's books involved, you don't even need chairs to sit on! Kami semua dengan sukarela ingin duduk di atas lantai.

Sebelum sesi utama bermula, kami berkenalan dahulu. Seperti kata Tuan Amin Idris (dalam rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah, 19 Februari 2012), dalam setiap kumpulan usrah ada tiga rukun: ta'aruf (berkenalan), tafhaam (faham antara satu sama lain) dan takaful (membantu antara satu sama lain). Bagi saya, Bookaholics Anonymous adalah satu keluarga baru yang gemarkan buku dan aktiviti membaca. Jadi sesi ta'aruf itu perlu kan?

Kemudian kami berkongsi tentang genre buku atau penulis yang kami gemar. Kesimpulannya, kami as a group, suka banyak genre. Pada awalnya saya rasa jika terdapat pelabagai genre yang digemari, tentu sukar untuk menentukan buku untuk dibincangkan tetapi dengan kepelbagaian tersebut, kebarangkalian seseorang untuk tidak suka satu-satu genre adalah rendah, jadi mungkin tidaklah sukar sangat untuk menentukan buku yang hendak dibincangkan.

Insya-Allah, bulan Mac, kami akan membincangkan buku 'Things Fall Apart' karya Chinua Achebe, seorang penulis dari Afrika. Sis Azra yang mencadangkan buku tersebut minggu lepas. Saya belum pernah membaca buku tersebut sebelum ini, jadi saya mencari buku tersebut di Kinokuniya KLCC minggu lepas, sekadar ingin tahu apa kisahnya. Ternyata sinopsisnya 'menggoda' saya untuk membelinya. Haha, bertambahlah koleksi buku saya!


Jadi, Ahad, 18 Mac 2012, kami akan membincangkan buku 'Things Fall Apart' karya Chinua Achebe. Ahli Bookaholics Anonymous, kita jumpa nanti! *seronok!*


No comments:

Ini mungkin menarik: