Tuesday, December 27, 2011 | By: Huda Engku

Buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' cetakan kedua SUDAH TERBIT!


Alhamdulillah, setelah sekian lama tim Khalifah Institute bertungkus-lumus, akhirnya kami berjaya menyiapkan cetakan kedua buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' sempena jualan di Family Festival Twins of Faith di PICC, Putrajaya.

Nasihat-nasihat yang ada dalam buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi boleh juga digunakan sebagai panduan untuk orang dewasa membentuk diri menjadi lebih baik. Jadi, buku ini adalah sangat berguna buat semua yang membacanya, insya-Allah.

Dipetik daripada blog Khalifah Institute:
Buku ini merupakan kompilasi morning talk yang diberikan oleh Allahyarham Prof. Muhammad Al'Mahdi kepada anak-anak Khalifah Model School. Pengalaman beliau dalam bidang psikologi klinikal dan kanak-kanak membolehkan beliau berkomunikasi dengan kanak-kanak sehingga membuat mereka berfikir tentang tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Dengan ini, kanak-kanak mampu menguruskan tingkah laku mereka di sekolah dan di rumah dengan lebih baik.

Buku ini sesuai dibaca kepada kanak-kanak setiap hari, pada waktu pagi atau sebelum tidur. Topik-topik yang diceritakan di dalam buku ini merupakan peringatan dan nasihat berharga, penting untuk kanak-kanak mahupun mereka yang sudah dewasa.

Harga buku ini adalah RM10.00 di Malaysia Barat dan RM12.00 di Sabah & Sarawak. Untuk membuat pembelian, sila hubungi 03-4256 6810.

4 comments:

AdH said...

Tertariklah dengan buku ini. Beli dengan Huda, boleh?

Huda Engku said...

Sudah tentulah boleh. Mahu berapa banyak?

AdH said...

Ya Allah, saya baru teringat semula buku ini. Maaf Huda, saya mahu beli 3 naskah. Apa emel Huda ya? Emel saya : nafisatul.ilmi@gmail.com. Jazakallah khair!

Huda Engku said...

Boleh emelkan alamat surat-menyurat, nombor telefon dan nama penuh ke khalifahproject@yahoo.com (emel khalifah institute), nyatakan buku apa yang awak nak dan berapa buah. Saya akan maklumkan staf yang ada di pejabat. Hari ini saya cuti.

Ini mungkin menarik: