Sunday, September 25, 2011 | By: Huda Engku

Syukur!

Alhamdulillah, kali ini sempat menitipkan sepatah dua kata di blog ini. Dalam sebulan ini tidaklah banyak yang boleh saya kongsikan berkenaan aktiviti penulisan dan membaca. Cuma, syukur, cerpen Bahasa Melayu pertama saya yang telah dihantar ke Kapasitor berjudul Bahagia Si Cilik Ecah berjaya memenangi pertandingan cerpen bertema edisi ke-6, iaitu bertemakan Ramadhan. Harapnya selepas ini saya lebih gigih berkarya (baca: lebih produktif).



Cerpen Bahagia Si Cilik Ecah juga menjadi salah satu cerpen pilihan pengelola ruangan Bahasa Melayu di Kapasitor, saudara Syahar/Cahatomic.

Semoga apa yang saya pernah tulis selama ini mendatangkan manfaat, insya-Allah.

No comments:

Ini mungkin menarik: