Sunday, September 4, 2011 | By: Huda Engku

Jom kita serbu Kapasitor!

Buat pembaca yang suka menulis atau membaca karya-karya unik dan menarik, saya syorkan anda check out laman Kapasitor. Laman Kapasitor adalah untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang penulisan, yang sudah menulis tetapi belum ada keyakinan untuk berkongsi dengan orang lain dan penulis profesional yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka yang ingin membaca sesuatu yang baru dan segar juga boleh membaca karya-karya penulis di Kapasitor.


Di Kapasitor, pengkarya boleh berkarya di dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Selain itu, mereka boleh berkongsi artwork mereka di sana dan karya mereka boleh dikomen dan dinilai oleh pengguna Kapasitor yang lain untuk memperbaiki mutu karya mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kapasitor, baca di sini.

No comments:

Ini mungkin menarik: