Friday, September 2, 2011 | By: Huda Engku

Cerpen Pertama Huda Engku

Saya bukanlah pandai menulis seperti teman-teman saya yang lain. Kerana itu juga, setiap cerpen yang saya tulis pasti akan diperam terlebih masak (sehingga menjadi busuk dan buruk?) tetapi entah bagaimana saya mampu menyudahkan cerpen Bahagia Si Cilik Ecah kali ini. Memandangkan cerpen ini adalah cerpen pertama yang saya berjaya sudahkan, saya mengalu-alukan komen membina daripada anda semua.

Cerpen ini saya terbitkan di laman Kapasitor kerana laman tersebut menjadi medan perkongsian karya saya sejak setahun yang lalu (walaupun tidaklah banyak yang saya tulis sepanjang menyertai Kapasitor). Selama ini saya cuma menghantar sajak di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pernah juga saya mencuba untuk menulis cerpen di dalam bahasa Inggeris, tetapi karya tersebut nampaknya perlu ditulis semula dan diperkemaskan penceritaannya supaya lebih menarik.

Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan banyak lagi latihan penulisan yang perlu saya lakukan. Jadi, tolong doakan saya rajin menulis supaya saya semakin pandai mendidik melalui penulisan. [^___^]




No comments:

Ini mungkin menarik: