Saturday, May 7, 2011 | By: Huda Engku

Sedikit Muhasabah Buat Pembeli Buku

Siapa-siapa yang sempat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang lalu, angkat tangan! (^__^)v

Saya ke sana sebanyak empat kali. Berduyun-duyun orang ke sana walaupun hari beranjak malam. Alhamdulillah, keluarga saya sempat ke PBAKL tahun ini. Pada tahun ini juga saya terserempak dengan kawan-kawan saya setiap kali ke PBAKL, alhamdulillah. Terbukti ramai yang mengunjungi PBAKL 2011 sehingga saya berpeluang bertemu kawan-kawan, termasuklah kawan-kawan ketika di bangku persekolahan!

Berada di tempat awam yang dipenuhi ramai orang, saya suka melihat gelagat mereka, dan kadang-kadang pemerhatian saya membuahkan persoalan yang kadang-kala tidak terjawab. Ketika ke PBAKL 2011, melihatkan manusia yang ramai mengunjungi gerai-gerai buku dan membeli buku (ada yang sehingga beratus-ratus Ringgit!), saya tertanya-tanya, adakah statistik pembacaan buku di kalangan rakyat Malaysia masih seperti dulu? Mengapa rakyat Malaysia ramai mengunjungi PBAKL 2011? Adakah buku-buku yang dibeli mereka dibaca kesemuanya?

Persoalan-persoalan tersebut turut menjadi soalan muhasabah diri saya sendiri. Masihkah kadar pembacaan saya di takuk lama? Mengapa sebenarnya saya mengunjungi PBAKL 2011? Adakah saya membaca kesemua buku-buku yang saya beli?

Membeli buku bukanlah perkara yang tidak baik, namun jika dibeli buku sekadar untuk perhiasan, sama seperti membeli pinggan mangkuk yang pada asalnya berguna sebagai alas makanan kita, menjadi tidak berguna jika diletakkan di dalam almari kaca yang gah; sekadar untuk dipertontonkan kepada tetamu. Bukankah itu membuahkan riak di hati?

Apa yang penting, melalui buku yang dibeli atau dipinjam, kita membaca, mengambil ilmu daripada pembacaan untuk diamalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Mari muhasabah diri. Bak kata Prof. Izzi Hj. Ali, "Renung-renungkan dan selamat beramal!"

Allahua'lam.

 

4 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum,
ada pelbagai gaya pembeli buku. Ada pengulit buku dari kulit ke kulit (biasanya yang bergenre fiksyen) ada yang membeli sebagai rujukan.

Insya Allah ia tidak akan sia-sia walaupun terperap lama di rak buku.

Huda Engku said...

Waalaikumussalam,

Ya, memang ada pelbagai gaya pembeli buku tetapi berguna atau tidak buku-buku yang dibeli bergantng kepada niat orang yang membeli, sebab itulah saya ajak pembeli buku muhasabah diri mereka. Sekali sekala jenguklah buku-buku yang terbiar lama di rak-rak, atau jemputlah sahabat-sahabat kita meminjam buku-buku yang ada, insya-Allah keberkatannya lebih berbanding dibiarkan terus tidak berusik di rak buku.

Allahua'lam.

Ummu Khaulah said...

Assalamualaikum tuan blog,

Bila terbaca entri ini teringat buku-buku yang dibeli di PBAKL 2011. Hehe..sedang menghabiskan bacaan tapi yang pasti tiap-tiap bulan beli buku baru. Adeh..bertambah di rak.. :)

Huda Engku said...

Ummu Khaulah: Waalaikumussalam. Hehe... sekarang saya menahan diri saya daripada membeli lebih banyak buku melainkan jika benar-benar perlu.

Ini mungkin menarik: