Tuesday, May 24, 2011 | By: Huda Engku

Ahli Baru Rak Buku Huda

Tadaaa....!!!

  1. Diari Mat Despatch: Hati Emak -Bahruddin Bekri
  2. Pra Sekolah dan Komuniti -Najeemah Mohd Yusof
  3. Sebongkah Batu Di Kuala Berang -Faisal Tehrani
  4. Men Are From Mars, Women Are From Venus (edisi Bahasa Melayu) -John Gray (diterjemahkan oleh Adlie Syamsudin Samsudin)
  5. Act Like A Lady, Think Like A Man (edisi Bahasa Melayu) -Steve Harvey (diterjemahkan oleh Hasnah M. Daud)

Akhirnya...

Setelah hampir seminggu menunggu dengan resah (kerana kebelakangan ini barangan yang dihantar kepada adik saya sehingga kini tidak kunjung tiba), ketibaan saya di rumah disambut buku-buku yang dipesan. Alhamdulillah, bertambah buku yang hendak dibaca (nampaknya perlu atur masa dengan lebih bijak supaya dapat membaca buku-buku tersebut).

Saya membeli kelima-lima buku melalui Bookcafe. Pada asalnya saya hanya mahu membeli buku 'Diari Mat Despatch: Hati Emak' (setelah mencari buku tersebut di beberapa buah kedai buku sekitar Gombak-Kuala Lumpur) tetapi sedikit tergoda dengan buku-buku lain yang ditawarkan Bookcafe (terutamanya buku 'Sebongkah Batu Di Kuala Berang'), jadi saya mengambil keputusan untuk membeli beberapa buah buku lagi. Semoga saya dapat memanfaatkan semua buku yang dibeli, insya-Allah.

Hai... kalau begini gayanya saya membeli buku, tidak lama lagi bolehlah saya buka perpustakaan mini dan menjemput kawan-kawan memanfaatkan buku yang saya ada, atau, boleh dibuat perkhidmatan sewa buku dalam talian seperti yang pernah saya impikan sebelum ini. Teruja! Semoga Allah permudahkan urusan saya dalam mengusahakan impian yang baik dalam mencari keredhaannya.

No comments:

Ini mungkin menarik: