Thursday, April 28, 2011 | By: Huda Engku

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Assalamualaikum, hai!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) sedang berlangsung bermula 22 April sehingga 1 Mei ini. Peminat-peminat buku sekalian, anda sudah ke sana? Buku apa yang sudah dibeli?

Sehingga kini, saya cuma berpeluang ke sana dua kali sahaja dan tidak sempat menjelajah semua gerai yang ada. Sebetulnya, hanya gerai PTS, Karangkraf, Jemari Seni, Telaga Biru, MPH, Galeri Ilmu dan ITNM yang sempat dikunjungi. Semalam, saya sempat mendaftarkan diri sebagai ahli Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY). Semoga kesempatan itu menjadi permulaan suatu perkara yang baik, berguna kepada masyarakat, insya-Allah.

Walaupun kesuntukan wang, saya tetap membeli beberapa buah bahan bacaan di sana. Ketika lawatan yang pertama, saya telah membeli Set Siri Pahlawan Islam (Edisi Jimat) yang dikarang oleh Pak Latip, terbitan PTS. Set tersebut insya-Allah akan diletakkan di ruangan khas di rumah baru ayah saya, bersama koleksi buku keluarga kami.


Semalam, saya telah membeli beberapa buah buku untuk diri sendiri. Antara bahan bacaan yang telah dibeli adalah:
  1. Penyiasat Masjid - Bahruddin Bekri
  2. Di Mana Terangnya Bulan - Bahruddin Bekri
  3. Detektif Bertudung Hitam - Bahruddin Bekri
  4. Penulis Yang Disayang Tuhan - Bahruddin Bekri
  5. Cita Rasa Malaysia Kelantan - Chef Hafiza
  6. Panduan Menulis Cerpen - Jasni Mat Lani
  7. Karya Nan Indah - Faisal Tehrani
  8. 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih - Ust. Zahazan Mohamed
  9. Solusi Isu 31
  10. I Luv Islam Bil. 60

Wah... sudah tidak sabar untuk membaca buku-buku yang dibeli! Namun, agak terkilan kerana salah satu buku yang terdapat di dalam 'wishlist' saya sudah habis. Ada siapa-siapa mahu hadiahkan saya buku 'Diari Mat Despatch Hati Emak' karya Tuan Bahruddin Bekri selepas ini?

1 comment:

wafie uddin said...

Salam nak jual tak 1 set buku pahlawan islam,pm saya wafieddin@gmail.com

Ini mungkin menarik: