Saturday, October 9, 2010 | By: Huda Engku

Sedikit Sebanyak: Doa Untuk Aku oleh Bahruddin Bekri

Akhirnya! Dapat juga saya sudahkan pembacaan novel Doa Untuk Aku karya Bahruddin Bekri, terbitan PTS One.

Novel ini mengisahkan seorang lelaki bernama Adly yang berasal daripada kawasan pedalaman di Sarawak yang kehilangan bapa dan kematian ibu. Sewaktu ibunya masih hidup, Adly berjaya lulus di dalam pelajaran. Dia percaya yang doa ibunya makbul, dan kerana itulah juga, sejak ibunya meninggal dunia, dia sering gagal di dalam peperiksaannya di Universiti Kuching.

Disebabkan doa, dia pergi bertanya kepada Jefri tentang doa-doa yang makbul dan Adly memulakan pencarian 40 doa daripada orang-orang yang makbul doa mereka. Dia menghantar e-mel kepada mereka yang tidak dikenali, dan selepas ahli kumpulan akademiknya Amin Bin Demit tahu mengenai misi Adly, mereka bersetuju membantu Adly mencari 40 doa tersebut. Disepanjang misinya, Adly bertemu dengan orang daripada latar belakang yang berbeza dengan kisah hidup yang menarik (dan lucu juga kot!), yang akhirnya membawa Adly kepada misteri kehilangan ayahnya.

Kalau nak tahu lagi kisahnya, sila dapatkan buku ni dan baca sendiri. Hehe. Novel ini, kalau dibandingkan dengan novel Dunia Ini Sederhana Kecil daripada penulis yang sama, saya lebih suka Dunia Ini Sederhana Kecil - tetapi kelakarnya tetap sama, maklumlah, penulisnya pun sama. Saya rasa Tuan Bahruddin Bekri seorang individu yang lucu juga. Betul ke?

Kisah ini sebenarnya membuatkan saya terfikirkan kuasa doa. Kebanyakkan masa kita acuh tak acuh menadah tangan berdoa, selepas itu kalau Tuhan tidak makbulkan doa kita, kita marah (sampai ada yang bilang Tuhan tidak adil, nauzubillah!). Padahal Tuhan itu Maha Mengetahui, kalau kita berdoa dengan bersungguh-sungguh insya-Allah pasti Tuhan akan bantu kita. Jika doa kita tidak dimakbulkan sekarang pun, pasti ada hikmahnya. Tuhan itu perancang yang hebat, maka usah ragu. Dan ya, kita juga perlu berusaha. Kalau berdoa tetapi tiada usaha dan hanya menunggu keajaiban, saya tidak tahu bila doa anda akan makbul!

2 comments:

MumMe said...

mumme pernah dengar nasihat sorg tntg doa...bila berdoa mintalah kesejahteraan,walau pendek dan ringkas,...kerana kdg2 doa kita yg pnjg lebar bermaksud kita mahukan dugaan yg lebih hebat.

muhammad fakhruddin said...

Inilah buku pertama Tuan Bahruddin Bekri yang saya beli.

Ini mungkin menarik: