Tuesday, September 28, 2010 | By: Huda Engku

Dapatkan Buku PTS di Book Cafe

Pada awal tahun ini saya agak kerap membeli buku PTS, dan dengan kerja yang berlambak, saya jarang berpeluang ke kedai buku, dan jika ada ke kedai buku sekalipun, di sana tidak menjual atau kurang menjual buku-buku PTS (biasanya saya ke Kinokuniya, KLCC), jadi saya menggunakan perkhidmatan Book Cafe untuk mendapatkan buku-buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Book Cafe menyediakan beberapa cara pembayaran bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran seperti secara online, melalui cek, wang pos/postal order, melalui mesin ATM. Saya cuma pernah membuat pembayaran melalui mesin ATM. Selepas membuat pembayaran saya cuma perlu faks slip pembayaran ke Book Cafe dan menunggu pesanan saya tiba.

Untuk penghantaran pula, Book Cafe menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dan pelanggan boleh memilih untuk menggunakan pos parcel (tempoh masa penghantaran 3 - 10 hari) dan pos laju (tempoh masa penghantaran 1 - 5 hari).

Setakat ini, memandangkan rumah saya tidak jauh daripada pejabat jualan PTS Distributors & Distributors Sdn Bhd, pesanan saya tiba selepas 3 - 4 hari pembayaran dibuat (sudah tentulah pos parcel). Buku-buku yang dipesan juga dalam keadaan baik, cuma ada sebuah buku yang saya tidak perasan koyak sedikit, selepas beberapa bulan ketika membaca di muka surat tersebut baru perasan koyak tersebut. I wonder, boleh tukar ke selepas beberapa bulan buku tersebut saya terima?

No comments:

Ini mungkin menarik: