Friday, September 3, 2010 | By: Huda Engku

Cabaran 50 Buku Setahun 2010 Goodreads-Malaysia


Pernah dengar Goodreads (GR)?

Bagi saya dengan GR, mereka yang minat membaca (sebenarnya kalau tak minat membaca pun boleh aje sertai GR) dapat berkongsi tentang buku yang dibaca, tentang penulis dan penulisannya, dan penulis pula dapat berinteraksi dengan pembaca-pembaca dan peminat-peminat mereka. Cubalah sertai Goodreads.

Di GR, terdapat group Goodreads Malaysia (GD-MY) yang saya sertai, dijemput oleh cik Welma. Saya juga dijemput menyertai Cabaran 50 Buku Setahun GD-MY 2010. Syaratnya, saya perlu membuka topik baru di ruangan forum cabaran tersebut dan menyenaraikan setiap buku yang saya sudah selesai membaca. Cabaran ini bukanlah cabaran yang menawarkan hadiah tetapi kita mendapat kepuasan setelah mencapai sasaran 50 buah buku setahun. Life needs challenges right? And this is one of them. Untuk kebanyakkan kita di Malaysia, membaca dan menghabiskan 50 buah buku setahun terasa berat. Saya juga. Hehe. Sebab saya suka membaca buku separuh jalan. Tetapi saya tetap mahu mencuba.

Di bawah ini adalah senarai buku yang saya sudah selesai baca dan sudah dimasukkan ke dalam senarai Cabaran 50 BUku Setahun GD-MY:
1) Karipap-karipap Cinta (Nazri M. Annuar)
2) Saga Horizon (Fadli Al-Akiti)
3) Stingarden (Sinaganaga)
4) Mengintai Cinta Khalifah (A. Ubaidillah Alias)
5) Diari Mat Despatch (Bahruddin Bekri)
6) Tak Bisa Memilihmu (Ain Maisarah)
7) Dunia Ini Sederhana Kecil (Bahruddin Bekri)
8) Lelaki Berkasut Merah (Bahruddin Bekri)
9) Gadis-gadis Kota Riyadh (Rajaa Alsanea

Saya sudah letakkan senarai Cabaran 50 Buku Setahun (2010) saya di sidebar dan akan update buku yang sudah dibaca di Goodreads dan di sidebar.
Doakan saya mencapai 50 buku setahun ye! ;-)

3 comments:

Alisya said...

salam. hi kak huda. saya sudah ada akaun GR. tapi belum menyertai cabaran 50 buku setahun lagi...menarik2..nak join juga. :)

pilotHans said...

ni sume novel jer...tak terbuka pada buku2 mcm sal property, investment, business, aviation and other stuff ke ? haha...i think i just have 3..haha..novel = 0...

Huda Engku said...

Alisya: salam. add me to your GR then. jom lah join :)

pilotHans: oh.. saya lebih kepada novel dan buku-buku self-help & motivation. Atau pilotHans nak tolong kupaskan buku-buku property, investment, business, aviation & other stuff untuk kami? I'm sure those who love to read those types of book wud appreciate your review :)

Ini mungkin menarik: