Tuesday, September 28, 2010 | By: Huda Engku

Buku Inn Pesan Sudah Sampai!!

Yay! Buku yang sahabat lama saya pesan daripada Kemilau Publika tempoh hari sudah tiba. Pada hari Selasa dia membuat pesanan dan pembayaran, pada hari Jumaat buku yang dipesan sudah sampai. Alhamdulillah. Namun, terdapat sedikit kekeliruan kerana syarikat penghantaran lambat mengemaskinikan sistem e-tracking mereka, membuatkan maklumat lambat diterima oleh pelanggan, bukan semua orang punya masa untuk menunggu kan? Sudahnya sahabat saya terpaksa menelefon untuk track parcel dia sudah sampai ke belum.

Anyway, kepada Inn, selamat membaca buku 'Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri' (dan selamat menyewakannya kepada orang lain? Hehe!)

Haaa... tu dia, orang excited dapat buku. Hehe. Picture credit to Inn.



No comments:

Ini mungkin menarik: