Tuesday, August 31, 2010 | By: Huda Engku

Warghhhhh.... Blog Baru!!!

Assalamualaikum dan hi!

Blog ini baru diwujudkan sebenarnya supaya tidak meyerabutkan blog peribadi saya yang sudah seperti rojak (rojak dan pasemboq tu dua benda yang sama atau berbeza sebenarnya ya?); macam-macam ada! Insya-Allah saya akan fokuskan blog ini untuk aktiviti berkaitan buku, pembacaan dan sedikit-sebanyak tentang penulisan. Bahasa yang saya akan gunakan bukanlah seratus peratus Bahasa Melayu Tinggi, kerana saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang bahasa. Jadi kepada para pencinta bahasa, maafkan saya jika ada 'kerosakan' bahasa yang dilakukan. Mungkin ada baiknya jika anda memaafkan saya dengan membetulkan kesilapan saya dengan cara yang baik, kan?

Saya ada meng'import' entri daripada blog peribadi saya tentang buku dan pembacaan. Jadi sehingga saya update blog ini, jemputlah baca apa yang saya sudah import tu (sanggup saya belajar macam mana untuk import entri-entri daripada blog lain tau!).

Until next time. Daaaaaaaa....!!!

No comments:

Ini mungkin menarik: