Thursday, June 17, 2010 | By: Huda Engku

Baca@LRT's Upcoming Activity


Copy from Tuan Zamri Mohamad.

********************************

Hebahan terkini: Perubahan kepada gerak kerja Baca@LRT tema Palestin.

Kita bakal mengalihkan 'sokongan' dan 'kerjasama' 300% kepada gerakan membaca rakan sekutu kita di Selangor. Ini mengambil kira respon rakan-rakan sekutu yang banyak membantu Baca@LRT selama ini.

Dengan itu kami akan menganjakkan gerak kerja Baca@LRT Palestin pada tarikh lain.

Kami bermesyuawarah dan ini keputusan kami,

"Kita akan turun dan menyokong 300% gerakan membaca di Taman Tasik PKNS Shah Alam pada 26 Jun 2010 Gerakan Membaca Perdana!"

Tentatifnya

Jam 9.00 pagi
Tarikh 26 Jun 2010 (Sabu)
Lokasi Taman Tasik PKNS Shah Alam


Kita membantu rakan-rakan yang berusaha ke arah budaya membaca. Dijangka 10,000 pembaca akan berada di situ.

Mohon hebahan di Facebook dan Blog kepada Tuan dan Cik Puan yang sedang membaca Notes ini.

BACA@... Buku Anda Cara Anda

Terima kasih

ZAMRI MOHAMAD
Perhubungan Komunikasi Baca@ dan BACA@LRT

********************************

No comments:

Ini mungkin menarik: