Tuesday, December 27, 2011 | By: Huda Engku

Buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' cetakan kedua SUDAH TERBIT!


Alhamdulillah, setelah sekian lama tim Khalifah Institute bertungkus-lumus, akhirnya kami berjaya menyiapkan cetakan kedua buku 'Gentle Reminders for Little Khalifah' sempena jualan di Family Festival Twins of Faith di PICC, Putrajaya.

Nasihat-nasihat yang ada dalam buku ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi boleh juga digunakan sebagai panduan untuk orang dewasa membentuk diri menjadi lebih baik. Jadi, buku ini adalah sangat berguna buat semua yang membacanya, insya-Allah.

Dipetik daripada blog Khalifah Institute:
Buku ini merupakan kompilasi morning talk yang diberikan oleh Allahyarham Prof. Muhammad Al'Mahdi kepada anak-anak Khalifah Model School. Pengalaman beliau dalam bidang psikologi klinikal dan kanak-kanak membolehkan beliau berkomunikasi dengan kanak-kanak sehingga membuat mereka berfikir tentang tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Dengan ini, kanak-kanak mampu menguruskan tingkah laku mereka di sekolah dan di rumah dengan lebih baik.

Buku ini sesuai dibaca kepada kanak-kanak setiap hari, pada waktu pagi atau sebelum tidur. Topik-topik yang diceritakan di dalam buku ini merupakan peringatan dan nasihat berharga, penting untuk kanak-kanak mahupun mereka yang sudah dewasa.

Harga buku ini adalah RM10.00 di Malaysia Barat dan RM12.00 di Sabah & Sarawak. Untuk membuat pembelian, sila hubungi 03-4256 6810.

Monday, December 26, 2011 | By: Huda Engku

Baca@Pizza Hut


Ayahanda belanja makan malam Pizza Hut. Sambil menunggu hidangan tiba, saya sempat membaca beberapa muka surat novel 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' karya Faisal Tehrani.

Published with Blogger-droid v2.0.2


Wednesday, December 7, 2011 | By: Huda Engku
Saturday, December 3, 2011 | By: Huda Engku

Buku Baru (lagi!)

Buku baru lagi! Wheeeeeeeee.....!!


Buku karya Kak Salina Ibrahim sudah selesai dibaca. Buku karya Tuan Nazry Salam juga sudah.

Friday, December 2, 2011 | By: Huda Engku

5 Love Languages






Sudah lama Huda tidak update blog. Awal pagi hari ini sebelum memulakan kerja, Huda browse through Facebook rakan-rakan dan terjumpa dengan video di bawah berkenaan buku 'The Five Love Languages of Teenagers' tulisan Gary Chapman. Sebelum ini memang saya tahu berkenaan buku-buku dalam siri 5 Love Languages cuma belum pernah membacanya. Ada sesiapa yang pernah membaca mana-mana buku 5 Love Languages sebelum ini? Apa pendapat anda tentang buku-buku karya Gary Chapman?

Ini mungkin menarik: